Tuesday, June 16, 2015

Siem Reap, Cambodia | #MaiQahGetaway

Siem Reap,


how we spend time at SiemReap..

Ramai yang pelik malah sampai dekat airport pun ramai yang tanya kenapa pilih Siem Reap, Cambodia sebagai tempat pilihan nak p vacation. Qah rasa Allah yang dah tetapkan kami kesini. Since Qah buat Misi Asia kekonon nak habiskan Asean Country as soon as possible, so why not Cambodia kan after Indonesia, Thailand dan Vietnam. Lagipun sampai je airport nampak billboard ni, so I think we do not make a wrong choice kan??

Qah pergi SiemReap dengan one of gegirl kesayangan Qah, Maisaghah. Kitorang decide nak pergi pun tetiba dan terus beli tiket kapal terbang dan booked hotel lelaju. As ussual, Air Asia jadi pilihan Qah. Everybody can fly kan. Maka untuk hotel Qah book kat website fav Booking.Com. Maka ke Cambodia ke kita. Entri panjangjela pasai Cambodia. *Qah cuba sedayaupaya ringkaskan jadi satu entri k.
Sabtu, flight jam 6.55 pagi perjalanan selama dua jam, Alhamdulillah selamat la si Qah dan Maisaghah tiba di Siem Reap International Airport. Alhamdulillah sampai sampai ja dah ada Supir yang tunggu dan terus direct ke Hotel. Hotel apa la jadi pilihan Qah kali ni kan.
First impression tentang Cambodia? Penduduk dia sangat welcoming. Touchdown je flight, ada tarian selamat datang depan pintu arrival. Depa semua ramah dan sangat membantu compare to Vietnam punya orang. Laalalalalaaa.

Hotel? Disebabkan percutian kali ni leisure dan akan banyak stay dekat bilik, pillow talk, spendtime together maka Qah pilih hotel yang jauh sikit dari bandar SiemReap dan cari tempat yang peace and calm. So Landing Gold Villa menepati ciri ciri yang kami mahukan. Ps: Siapa yang nak p hanimun tu, sini pun ok ^^

What chuu doingg inside hah?? I nampak ni. Seriously bilik ni sangat bersih, cantik dan sangat selesa for both of us. Dan jujurnya pekerja kat sini treat us like a princess. Kan Mai kan?  Pekerja super ramah. Sampai sampai dapat welcoming drink, a platter of fruit siap kerepek bagai. Dan paling best walau kami sampai hotel awai around 9lebih pagi tapi bilik da ready. No charge untuk early checkin dan checkout lambat.
Ready for vacation girls? We travel not to escape life but for life not to escape us.
For me, every girl needs a vacation with her best friends. I can't promise to solve all your problems, but i will promise you won't have to face them alone.
So our balkoni bilik betul betul menghadap swimming pool. Pool yang jadi peneman kami sepanjang kat SiemReap ni. Ok, ready to explore SiemReap girls.

Setelah selesai hal hotel, kami decide untuk keluar. Apa best kat SiemReap ni? Angkor Wat. Tasik Tonle Sap. War Museum.Night Market, Pub Street & Cambodian Cultural Village

Tapi untuk first day disana, si driver tuk tuk kami cakap, kami berdua la tourist yang lain dari lain sebab since SiemReap ni banyak temple, minat nak explore tu kurang. Maka aktiviti pertama kami on the first day is cari Makan, Minum, ShoppingMall dan Salon untuk massage dan hair wash.
Tempat wajib singgah, Hard Rock Cafe Angkor

Next salah satu tempat makan muslim femes, Muslim Family Kitchen. Bila bukak menu tengok 4usd rasa murah sebab angka 4 tapi bila convert, ehem almost RM 16 untuk nasi goreng biasa. Oh bab makan tiap kali travel Asia ni memang Qah terus rindu Malaysia. Masa ni la sendu sendu nak hargai masakan Mama.
Tapi untuk feeling feeling tourist, tempat ni macam wajib singgah la. Maklumlah nak cari kedai makan halal tu, urmmmm agak payahla.
Jemput makan ye semua. Aiq kelapa ni around RM6. Nasi goreng ayam rm16.Murah ke mahai ye? Rasa nak bukak kedai makan plak kat Cambodia ni. Dan restoran ni la ex bik Qah kerja. Pheww memang lagi masyuk dari Malaysia la kan.

CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE
Tempat yang Qah suggest korang pergi. Nak tahu pasai Cambodia. Datang sini ja korang akan tahu detail mengenai Cambodia. Tiket masuk 15uSD -Around rm60.
Cambodian Culture Village assembles all the miniatures of famous historical buildings and structures, local customs and practices of all races. There are 13 unique villages, which represent difference cultural heritages with 8 scenes of show performance.

SOUVENIRS
Night Market & Old Market.
Dari hotel nak ke Pub Street, Old Market & Night Market ni kita boleh ambil tuk tuk untuk 2USD sehala. Kat sini ada juai souvenir seperti fridge magnet, keychain, tshirt dan macam macamla. Fridge magnet = 1Usd. Dan paling best kat Night Market ni ada massage hanya 1usd. Murahhh gilaaa kan.

Jujurnya Qah dah phobia p market souvenir sejak pengalaman dekat Vietnam. Hahahaa. Memang korang suka nk marah orang yang singgah tapi tak beli ya. Oh sini pun sama tak tak seekstreme vietnam.

Hari kedua kami mulakan dengan breakfast kat Hotel. Kebetulan pada hari kedua ada bikRokiah yang sudi melayan si Kaklong dia kat Cambodia ni. Lagi Alhamdulillah suami siRokiah ni tourguide dan ada tuk tuk kat sana. Maka depa la yang melayan karenah, tolong snapkan gambaq, Negotiate harga sampai dapat harga kasih sayang dan bawak si kaklong ni pusing Cambodia sampai la ke Angkor Wat.
Its better to see something once, than to hear about it a thousand times. Jujur dalam DNA qah memang cintakan sejarah dan qah eager to know about this detail. Lagipun Angkor Wat ni adalah salah satu World Heritage. Ok cuaca time ni serius sangat panas dan Angkor Wat ni serius sangat luas. Bayaran masuk untuk satu hari adalah 20USD= RM80.
Hai Maisaghah, ye yee sweetkan dah dalam DNA qah. Ni gigih cari kedai bunga dekat area Cambodia. Nasiblah jalan punya jalan nampak satu kedai bunga. Apalagi, feelingfeeling suweetla iolss kat tengan taman.
Babe, tiga kuntum rose ni mungkin tak cukup sebagai tanda sayang i pada you, tapi just to let you know. I love you LillahiTaala. For us, friendship is not about whom you known the longest. It is about who walked into your life said " I'm here for you" and proved it. Stay pretty ye.
Eh kitaa nampak orang tu post ni la kat instagram..

Vacation kali ni is more to spend the time together, and ni adalah first time Qah  travel leisure dan tak pack dengan aktiviti. So dapatla relaks kan diri. Alhamdulillah stress kerja kurang. badan pun alhamdulillah sihat sepenuhnya. Tipu
Swimming pool memang jadi peneman setia kami kat sana. Takda buat apa ja terjun ja pool.
A true friend is the only person who never gets tired of listening to your own pointless drama over and over again. So youu muka jangan nak boring sangat dengaq i beletiaq naa. ** Wish you were here EngkuSofea.
Strangers think i kerekk, my friends think i'm out of going but my best friends know that i'm completely insane. Tapi choppp, maisaghah cakap after spend masa dengan Qah baru tahu Qah ni garang dengan orang tak kenai. Hahaha

Ok lupa Qah nak cerita pasai transport femes amos kat sana. Kat cambodia ni kita akan nampak tuktuk bersepah sepah. Sekali naik we need to pay around 2-3Usd. Dan mostly harga untuk ke airport dari bandar ialah 5USD. 

Cukup tiga hari bawak diri dari Malaysia, dah lapaq tomyam Malaysia. Dah sedia nak hadap tol naik, minyak naik, dah 'rindu' gst . Dah ready nak hadap dokumen tender.
 Babai Cambodia.
Special thanks to Rokiah dan Suami sebab sudi luangkan masa layan kaklong. Insha Allah deal kita, along tak lupa. Seghonok syukur sangat, takda la loser kat tempat orang. Cambodian cakap pun dia tolong translatekan. Katanya hasil duduk umah dengan ma dulu la sampai la ni dia fasih melayu. Dari jumpa nonstop dia flashback pasai mama, tok, dik eking & awish. Eh pasai semuala. Katanya rindu sangat dengan family kami. Jemput datang Malaysia, bukan sebagai pekerja da, mai jalan jalan na..Walaupun jumpa soalan pertama dah buat along stress. Hahaha. Semoga selamat melahirkan anak. 
 Untuk sesiapa yang teringin atau nak ke Cambodia perlu supir yang fasih bahasa Melayu, berpatutan harga, tabah menanti dan melayan karenah kita boleh contact/whassapp ja:
Ibrahim Abdullah @Thavy Ibrahim: +85593570348
Entiti seperti IeqahGajah dah kelihatan di KLIA2, maka dengan ini tamatlah kisah perjalanan Qah ke Cambodia. Hmmm Tak digalakkan la travel masa duit kita tengah jatuh ni. P negara guna USD pulak tu, hmmm. Tapi takpa To Travel is to discover that everyone is wrong about other countries. Ok bolehlahh malaysia masih aman.. Memang sengaja p travel nak titipkan semangat hargai negara kita ni.

Travelling it leaves you speechless, then turn you into a storyteller.

#MisiAsiaQah #CountDownNextTrip

1 comment:

farah jamil said...

Best baca :) Bukan pegi negara orang je rasa. Negara sendiri pun ape kurangnye. Dengan tol GST bagai.. Nak something precious kne la berkorban kan ;)