Tuesday, January 12, 2016

Grand Lexis Port Dickson | SistaGetaway

Selamat Tahun Baru 2016.

Ye bagi seorang yang bernama Wan Nurul Atiqah ni, nak mulakan cerita dekat blog ni jadi satu masalah besar. Penat otak ni hah.

Bila adik adik unikl Qah ni request, "Akak jum short getaway nak?? Alaaa kita spend  duaharisatumalam sesama la. Memana pun takpa. Dedekat pun boleh sebelum akak settledown everything, kita enjoy la dulu."

Yang si akak ni pantang kalau berjalan, teruih laju pikiaq punya pikiaqq semua setuju nak p Grand Lexis Port Dickson. Feeling feeling tidoq hotel mahai kata depa. Maka lelaju p book bilik dekat Booking.Com lepas tax diskaun semua kami dapat harga bilik RM750 semalam.

Sehari sebelum p, si kakak ni takboleh lena. Excited la nak getaway dengan unbiological sister ni.

*Ya Allah namanya sista kesayangan tapi inilah pertamakalinya semua dapat luang ,masa sesama lari dari Kolumpo.

Dah taknak ceghita panjang panjang, hangpa layankan gambaq ye.

Normal check in time for Grand Lexis is around 4pm. But since our room is ready to check in on 2.30pm so apalagi, checkin jaaa la kan.

This is our room. Deluxe Suite yang ada garden pool. Walaupun bukan hanimun tapi ini satunya getaway yang Qah spend almost the time in the room dan swimming pool ja. Apa  yang syok bila swimming pool ni private korang fikir sendiri la ye. Hehe.


Grand Lexis ni sangat sesuai untuk group of friends yang nak buat bacheloratte party atau spend time together. Sesuai jugak untuk hanimun dan untuk family yang punya anak anak kecik yang sangat sukakan swimming pool since setiap bilik ada private pool.

AKTIVITI KAMI BERSAMA SEPANJANG DUA HARI SATU MALAM?

*Gambar, bergambar dan bervideo la kami.

Segala jenis kamera, Go Pro Hero, Go Pro fake semua ada untuk simpan moment kami bersama.
Token of appreciation khas untuk dua orang adik kesayangan Cuyaaa & Eykaa sebab dah membuatkan percutian kami ni macam CheTa dah. Segala aktiviti, gambaq depa akan rakamkan jadi kenangan. *Hangpa tahu kan sayangnya akak pada hangpa berdua walaupun..... Hahahahahaha

Untuk sebarang event boleh PM @inicuyaa. Qah bagi contact depa since depa ni mmg professional photog pun. boleh cari di Ig @renyuks.studio #therenyuks.

Dan eyka, terima kasih sebab faham sangat apa akak suka time gambaq. Memang fav photog ever lahh.  Ps: Jadi personal photog akak sampai bebila ok?

Segala photo untuk getaway kali ini credit to mereka berdua ok. *Claps clapss.
Fresh dari kamera depa, selfie selfie boleh terus update blog. *Tempat fav Qah sepanjang stay kat Grand Lexis sofalore inilaaa.
Dah siap selfie, update blog. Sambung gosip dan berpillow talk kat katil empuk Grand Lexis ni pun ada paparazzi snapkan gambar. 
Melampaukan, sebelum terjun kolam tu, posing la sikit. Grand Lexis jugak sediakan pelampung khas untuk emergency korang. Ok dah. Nak p mandi kolam pulak. Haha.
This is how much Qah sayang akak taww. Terima kasih sebab selalu ada dengan Qah. Qah takdak kakak so bahagianya punya kakak macam kak aten.*Pesanan penaja. Hahaha Barulah Lady Gagah. 
"Ambil gambaq lawa lawa na, kalau dak siapla hangpa" - Inilah tips nak dapatkan gambaq lawa dari depa. Hahaha
" Tidoq dulu lah sementara tunggu kakten selpie ni"
Oiiii sini laaa saiyangg
Qah memang suka gambaq acah acah candid acah acah Pasrah ni.

SUNSET VIEW
Dedicated to Eyka, dikesempatan ini akak nak ucapkan terimakasih Lillahitaala sebab sentiasa ada dengan akak. Sokong dalam apa yang akak hadap, menjadi pendengar yang baik.Terima kasih eyka atas mendoakan kebaikan untuk akak selama ni Syukurnya akak pada tuhan sebab kurniakan adik tanpa DNA yg sah ini, semoga Allah pinjamkan eyka dan semua yang lain sepanjang hidup akak. Maafkan segala khilaf akak, InshaAllah eyka dan yang lain sentiasa dalam ingatan akak walau macammana pun Fasa hidup akak yg mendatang. Jaga diri sayang. Jaga iman dan jaga hati tu. Akak dengan Kakten always be by your side. #3A
Cuyaa yang akak sayang, Mana adalah akak abaikan awak sayang. Janji dengan akak, sebelum next phase ni akak harap kita dapat spend masa sesama lagi banyak dan banyak. Travel samasama ok. Cuyaa adik akak yang punya hati lembut sangat. Sebab tu akak suka buli, suka gaduh, suka marah, suka cubit suka peyokk dalam hati Sayang Lillahitaala. Habiskan degree cecepat. Jagaa ibu. Akak nak tengok ang kahwin. Dan please jumpa akak nexttime pakai dress ok. Hahaha.

Dah dah kesat aiq mata. Aktiviti kami lagi dah sah sah laaa
MANDI KOLAM SAMPAI LEBAM.
Walk into the pool. Hahahaha.
Gambar dekat pool ni ja hat dapat Qah belanja. Hahaha. Ps: Korang akak takkan lupa sampai bebila la kenangan di dalam kolam renang lelagi time malam tu. Hahaha.

Next activity: GAME TIME & HADIAH
 Qah request dekat depa supaya memasing sediakan satu hadiah. Jadinya sebelum tidoq kami akan undi dan main tukaq tukaq hadiah. 
Sebelum tidur, benda wajib main monopoly, main kad donkey, kad UNO. Alahaii menggamit memori sangat. Gigih adik adik Qah bawak mainan ni. Cayang korang.
Baling Qah baling daduu tu. Tapi game ni pun Qah kalah jugak. Hahaha.

LAST BUT NOT LEAST: GOODNITE PEOPLE. Till we meet again.

Ps: Next vacay please.

Grandlexis sediakan aktiviti : Berbasikal. Memanah (RM12 untuk 12 arrow) Futsal court, Outdoor swimming pool dan game untuk kanak kanak. Apalagi bawak la keluarga dan orang tersayang ke GRAND LEXIS.

Nak detail lawat je official website: http://www.grandlexispd.com/

1 comment:

Anonymous said...

Hargai selagi masih ada waktu.
Semoga Allah jagakan awak setiap saat.
Syukur Allah kurniakan rasa sayang antara kita.
#adekcomelhatikapas