Wednesday, February 10, 2016

TADOM HILL RESORT | #MaiQahGetaway


* Thank TADOM HILL RESORT for the great hospitality.

Qah adalah sejenis manusia yang bermindset kan NO TRAVEL, NO GETAWAY, NO ESCAPE, NO NO NO on PUBLIC HOLIDAY since pengalaman yang lepas lepas mesti masa Public Holiday semua tempat penuh dengan manusia.

Tapi bila kesayangan Qah si Maisarah ni dah bookedkan ke TADOM HILL RESORT *Which is on my list to go dan PALING BEST SEBAB kami join FESTIVAL PAKEJ istimewa dari TADOM HILL RESORT - CHINESE NEW YEAR EVE CELEBRATION. which only cos RM240 FOR 2PAX (Including A day pass, Accomodation, BBQ superb best, activity & breakfast), seorang bayaq RM120 ja untuk semua ni sangatla reasonable kan.


And surprising me, Alhamdulillah participant yang join event ni pun just nice dan tak pack. Maka dapatlah kami conquer kawasan Tadom ni tanpa perlu berasak asak. Lega sungguh lahaii hati ni.


Disini Qah lampirkan HARGA NORMAL (Tanpa Festival punya event untuk tahun 2016)





Disebabkan Festival ni hanyalah beberapa kali setahun depends pada berapa hari Festival penting di Malaysia, so i'm lucky enough la sebab dapat join event Tadom untuk kali ini.


Ok, ramai yang tanya Qah best stay sana ke balik hari??


Ini selalunya bergantung kepada individu. Tapi apa yang pasti samada korang tidur atau balik hari korang kena try datang berekreasi di sini sebab tempat ni best. Nak tahu apa yang best, meh Qah nak ceghita na.


APA YANG BEST STAY KAT SINI  compare to BALIK HARI?


- Qah dapat skip orang yang beratur pepanjang. So untuk overnight guest boleh directly skip the queue dan terus ke reception. // Sesiapa yang dah biasa pergi memang tahu sangat berapa ramai manusia yang beratur. Dan cukup 150 orang dia akan tutup untuk hari itu. Yelaa takkan nak pack reramai mandi dalam tasik tu kan.

Ni reception counter dekat Tadom Hill dan RM100 deposit diperlukan. Kemudian pekerja akan bagi sleeping bag, mat dan pillow serta hantar ke khemah atau tempat tidur memasing.

-APA YANG BEST STAY KAT SINI  semua include in one price (RM120 per pax). Dah tak  perlu nak sewa itu ini dan dah ada tempat selamat untuk isi barang. Tapi kalau datang balik hari pun nak sewa benda benda ni, rujuk harga dibawah k.


APA YANG BEST STAY KAT SINI LAGI Bila waktu petang dan keesokkan paginya sampai pukul 11 pagi kita dapat nikmati tempat tu tanpa perlu bersesak sesak dengan ramai orang. Orang memang akan start beratur dari jam 8 pagi tapi pihak Tadom hanya akan membenarkan depa masuk selepas jam 10 @ 11 pagi.  Maka kita pukul 9 tu nak terjun mandi tasik pun boleh. Janji pakai LIFE JACKET. tu wajib kat sini.




Kan, tak payah nak bersesak dengan manusia reramai dalam tasik ni hah. Siap dapat priority lagi untuk yang stay kat sini.

APA YANG LAGI BEST STAY Kat sini adalah BEBAS BERGAMBAR. Tak terhad. Nak bergambar lepas orang semua balik boleh. Nak tunggu satu tasik clear takda orang pun boleh.Nak tunggu sunset pun boleh since Tadom ni closed pada 6.45 untuk orang yang tak stay. Nak bergambar pepagi Subuh pun boleh.


Tengoklah si Maisarah ni kemain menikmati Tadom. Cuba bayangkan kalau tak stay, sekali masuk dah ada lebih 100 orang. Kompem penuh kan? Hahaha

APA LAGI YANG BEST STAY KAT SINI DAN APA YANG BEST PILIH PAKEJ FESTIVAL NI SEBAB Tadom sediakan Yee Sang sempena Chinese New Year. Tadom sediakan BBQ dan breakfast.

Ok memang sesiapa yang balik hari pun boleh sewa tempat BBQ dekat sini, tapi yang lagi syok untuk Qah kali ni, pihak Tadom sendiri yang sediakan Buffet BBQ. (Ayam, kambing, Udang, Ikan SEMUA ada. Kami kami ni datang makan ja.
Yee Sang punya pasai bergegar gambarnya.

APA YANG LAGI BEST stay kali ini pihak Tadom ada sediakan game, midnight movie dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api tepi tasik. Gigih team Tadom Hill Resort sampai ke tengah tasik dengan rakit untuk persembahan bunga api. *Clap claps

Dan terpaling best bila pihak Tadom bagi kami Ang Pow. Dan bertambah sweet bila pihak Tadom cakap " Korang kami nak bagi angpow. Cuba tengok bawah kerusi masing masing" Anyonyoo. Thanks Tadom Team.

Ye ye tak aci la kan Qah cerita event yang mungkin tahun depan plak Uolss semua kena tunggu kan. Apa yang kita sama sama dapat kalau datang Tadom Hill Resort ni kita sama sama dapat mandi kat Tasik dia yang air super dalam dan sejuk menenangkan ini.
Bila dah dapat pass masuk ke Tadom, silalah mandi sampai lebam. Hah nak tidoq dalam tasik ni pun sila.
Nak berakit?? Memang pihak Tadom sediakan rakit ni dah tak perlu nak bayar sewa rakit pulak. Tak perlu. Nampak ja takda orang main rakit, korang lenjan la. Hah abang, tepi sikit Qah dahla takda lesen rakit ni.
Nak release stress kan? Korang wajib terjun dari atas tu kebawah k. Wajib taw. Hahaha.

LAST BUT NOT LEAST. Accomodation & Facilities provided:

Qah dan Maisaghah memilih GARDEN TENT sebagai Accomodation kami. Kenapa bukan Hammock mahupun Bamboo Hut. Sebab kami perempuan hanya berdua dan mahukan privasi sedikit. Sebab Hammock dan Bamboo hut ni we need to share dengan lagi sepuluh orang which kalau pergi ramai ramai mmg Qah pilih ini. Tapi since kami berdua je, tinggai dalam khemah lagi bersesuaian dan memang rindu suasana nak camping pun.

So ini tempat tinggai kami di Tadom Hill Resort. Taraaaaa.
 Ps: Jangan lupa bawak Ubat Nyamuk dan Mangga (Padlock) kecik // Bolehla kunci tent bila pergi mandi. Hah, yang ajet ajet diva tu Qah  tak galakkan untuk stay kat sini taw.

Ok disebabkan kami ni stay kat sini sempatlah meronda "accomodation" yang lain.
Bamboo Hut yang cantik tapi normallah kurang privasi sikit. Nak best sila kumpul 12 orang dan booked satu hut ni.
Hammock ni lagi lah sangat cantik tapi still tak bersesuaian untuk insan yang datang berdua ni. Since dia akan share dengan guest lain melainkan kita booked semua. Mampu. Haha.

Jangan risau, bagi Qah tandas kat Tadom ni selesa diguna dan bersih, Alhamdulillah.
Dan life jacket cukup untuk semua guest yang datang ke Tadom ni

And now we counting for next vacation:

Lots of love; Qah & Maisarah.

Next time Qah nak  cuba Tadom Base (Sukan Lasak, ATV, Kayak) yang bersebelahan dengan Tadom Hill Resort ni.

CLICK HERE FOR FACEBOOK VERSION write by Maisarah.

2 comments:

mIs fieza Y said...

maisarah dia ade pakej ke??

Ieqahgajah said...

Hai fieza. Sekrang takda pakej da kecuali ada perayaan tertentu ja. sekarang masuk harga macam biasa